PENGUCAPAN AWAM
(Menyampaikan Ceramah / Pidato)
oleh
RUDDY M.HAMS

TEKNIK PENGUCAPAN AWAM BERKESAN

1. Ciri-ciri Pengucap Yang Berkesan

- Kebolehan menyampaikan maklumat dengan jelas.
- Mampu mempengaruhi orang lain.
- Mempunyai kebolehan “menghibur”.

2. Persediaan Sebelum Berucap

- Analisis diri
- Analisis audiens
- Analisis majlis
- Topik ucapan
- Gaya penyampaian ucapan

3. Analisis Diri Pengucap

- Pengetahuan tentang topik
- Masa persediaan
- Minat terhadap topik
- Penerimaan audiens pada diri pengucap

4. Mengatasi keresahan berucap

- Menalpasti perkara yang menakutkan itu
- Berlagak yakin
- Buat persediaan yang lengkap
- Salurkan tenaga keresahan secara positif

5. Analisis Audiens

- Jantina
- Umur
- Saiz audiens
- Agama
-Bangsa
- Ideologi

6. Bagaimana audiens mendengar?

- Pemikiran mereka adalah lebih cepat daripada pencerapan mereka.
- Tumpuan mereka adalah terhad
- Mereka cepat membuat kesimpulan
- Perhatian mereka mudah beralih


7. Analisis Majlis

- Tujuan majlis
- Lokasi
- Kemudahan sedia ada
- Giliran berucap
- Acara selepas ucapan
- Agenda majlis


8. Topik Ucapan

A. Mengatur Bahan Ucapan
- Format Ucapan
- Pembahagian
- Catatan rangka ucapan
- Susunan maklumat
- Bilangan idea utama
- Peralihan

B. Format Ucapan

a. Pengenalan ucapan

- Salam dan ucap selamat
- Penghormatan protokol
- Teknik menarik perhatian
- Preview iaitu huraian sepintas lalu tentang kandungan ucapan yang akan disampaikan

b. Badan atau isi ucapan
- Idea utama
- Susunan isi
- Data-data sokongan

c. Penutup Ucapan
- Review iaitu huraian ringkas tentang apa yang telah disampaikan
- Kenyataan untuk diingati
- Penyudah bicara

C. Pembahagian Ucapan

Pengenalan: 15 peratus
Badan atau isi: 75 peratus
Penutup: 10 peratus


D. Catatan Rangka Ucapan

- Gunakan kad-kad nota bersaiz 7 cm x 12 cm atau (3 x 5 inci). - Jangan gunakan kertas A4 dan sebagainya.



9. Teknik Menarik Perhatian

A. Menyatakan fakta-fakta menarik atau unik

Contoh:
-Apabila seseorang itu menipu air liurnya akan meleleh dengan banyak.

-Orang yang mempunyai tahi telinga bewarna hitam adalah orang yang sangat cerdik.

B. Memberikan statistik yang menarik atau memeranjatkan

Contoh:
- Setiap orang akan menipu sekurang-kurangnya tiga kali dalam sehari.

C. Mengajukan soalan-soalan pidato atau rhetorika, iaitu soalan-soalan yang mendorong audiens untuk berfikir.

Contoh:
- “Apakah peranan saudara dalam Islam?”

D. Memberikan kenyataan-kenyataan lucu atau berjenaka (jika mempunyai bakat)

Contoh:
- Kisah rumah tangga dalam filem Tiga Abdul atau pengalaman sendiri yang menggelikan hati.

E. Memberikan petikan-petikan dari orang terkenal atau kitab-kitab seperti Al-Quran, Al-Hadith, Injil, dan sebagainya.


F. Memberikan contoh-contoh atau fakta yang merujuk kepada majlis atau diri kita sendiri.

Contoh:
- Pengalaman kita mengenai sesuatu perkara seperti penyakit, ketagihan rokok dsb.

G. Bercerita samaada cerita benar, rekaan atau dongeng.

Memberikan penghormatan peribadi kepada audiens dengan memuji mereka dengan ikhlas.



10. Gaya Penyampaian

A. Gaya Lisan dan Gaya Penulisan
i. Gaya lisan lebih bersifat personal, menggalakkan interaksi di antara pengucap dan audiens, tidak formal dan selalu berulang.

ii. Gaya penulisan adalah kurang personal dan tiada interaksi yang spontan di antara pengucap dan audiens, lebih formal dan kurang pengulangan.

B. Menggunakan kata-kata dengan berkesan

C. Gunakan kata-kata yang konkrit untuk mengekalkan tumpuan audiens.

D. Elakkan kata-kata kesat, stereotaip atau hanya tertumpu kepada kumpulan tertentu sahaja supaya tidak berat sebelah.

F. Gunakan kata-kata mudah difaham.



11. Membina kata-kata yang menjadi ingatan

- Gunakan kata-kata konotatif dan denotatif yang sesuai.
- Gunakan Kata-kata yang Dramatik


12. Bahasa Badan

• Ucapan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahasa badan yang baik dan terkawal kerana ia boleh menarik pemusatan perhatian dan fikiran audiens

• Geraklaku kita semasa berucap menjadi perhatian audiens termasuk kebersihan diri dan pakaian serta kesesuaiannya


13. Kepentingan Teknik Penyampaian Bukan Lisan Yang Berkesan

- Mengkomunikasikan emosi dan sikap
- Audiens percaya apa yang mereka lihat



14. Teknik-teknik Bukan Lisan Yang Berkesan

a. Bersahaja
b. Memadai jangan keterlaluan
c. Konsisten dengan mesej
d. Pelbagaikan
e. Bertepatan dengan mesej
f. Bersesuaian dengan audiens dan situasi


15. Pergerakan Pengucap

a. Jangan bergerak (berjalan-jalan) hingga menggangu tumpuan audiens.
b. Elakkan halangan fizikal seperti kerusi, meja projektor dan sebagainya.
c. Jangan keterlaluan
d. Jangan terlalu dekat dengan audiens

16. Postur Pengucap

a. Jangan bergayut pada rostrum
b. Jangan duduk ketika berucap kecuali dalam ucapan tidak formal.
c. Dada ke depan.
d. Jangan tunduk



17. Kepala dan Mimik muka

a. Anggukan bermakna setuju
b. Gelengan bermakna tidak bersetuju atau tidak percaya
c. Suka, duka, sedih, benci, geram, marah sesuai semasa bercerita dan merayu

18. Mata dan Bahu

a. Mata terbeliak, mengecil dan memejam perlu dibuat kerana ia membawa erti
b. Mengangkat bahu


19. Tangan dan jari

a. Untuk menunjuk arah atau waktu, menerima atau menolak, memecah atau membahagi.
b.Tangan terbuka ertinya submissive
c. Tangan tertutup ertinya dominan
d. Tangan di muka, dagu, kepala dll
e. Jari telunjuk - agresif
f. Genggam tangan - bersemangat



20. Anggota-anggota lain

a. Kepala tegak dan jangan sendeng
b. Kaki jangan dilipat
c. Punggung jangan membelakangi audiens

21. Pakaian

a. Jika acara rasmi gunakan tiga warna sahaja
b. Jangan menjolok mata
c. Selesa, kemas dan bersih
d. Mesti sesuai dengan acara yang dihadiri

22. Penggunaan Mikrofon

a. Jarak mulut dengan mikrofon
b. Laraskan volume yang sesuai
c. Jenis-jenis mikrofon
d. Kedudukan mikrofon
e. Jangan tanggalkan mikrofon daripada kakinya.

23. Pengawalan Suara

a. Sebutan tepat - tidak mengelirukan audiens.
b. Jangan guna sebutan daerah kecuali untuk berjenaka atau di tempat setempat.
c. Elakkan embolalia - Jangan sebut ahhh, mmmm, apa ni, what they call etc. Jangan guna perkataan yang tidak membawa apa-apa makna eg. maka, arakian, jadi, so , then, dll.



Patuhi perkara-perkara berikut:

a. Gunakan gaya sendiri
b. Berkeyakinan
c. Jangan gopoh
d. Kontak mata
e. Jangan mula ucapan dengan merujuk nota
f. Bercakap dengan audiens bukan kepada audiens
g. Rujuk nota bila perlu sahaja
h. Kawal suara
i. Berdiri tegak
j. Gunakan komunikasi bukan verbal yang sesuai atau positif
k. Tunjukkan kita gemar berucap
l. Sembunyikan kesilapan
m. Gunakan alat bantu dengan berkesan
n. Beredar dengan yakin bukan sombong atau ego.


PENUTUP

Pengendalian pengucapan awam berkesan akan:

• Menghasilkan penyaluran dan aliran maklumat yang berkesan kepada audiens.

• Meningkatkan keyakinan audiens terhadap diri pengucap dan seterusnya meningkatkan kefahaman dan keyakinan audiens mengenai Islam.

• Meningkatkan imej diri pengucap dan juga organisasi

• Mengekal dan merapatkan hubungan.

• Memberikan kepuasan kepada semua pihak.





Selamat mempraktik.



No posts.
No posts.